Sabtu, 09 Mei 2009

Jauhi apa2 Yang Meragukan



عَنْ أَبِي مُحَمَّدٍ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ سِبْطِ رَسُولِ اللَّهِ r وَرَيْحَانَتِهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: حَفِظْت مِنْ رَسُولِ اللَّهِ r "دَعْ مَا يُرِيبُك إلَى مَا لَا يُرِيبُك".

رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ [رقم:2520]، يحٌ.

Maksud hadith:
Dari Abu Muhammad Al Hasan bin Ali bin Abi Thalib, cucu Rasulullah ε dan kesayangannya dia berkata : Saya menghafal dari Rasulullah ε (sabdanya): Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu.

(Riwayat Turmuzi dan dia berkata: Haditsnya hasan shoheh)

*Sebagai seorang muslim kita dituntut supaya menjauhi perkara yang syubhah ( perkara yang tidak diyakini kesahihannya ) serta beramal mengikut syarak.. bersesuaian dgn kaedah feqhiyah iaitu :
اهمال الكلام اولى من اعمال-1(Berhati2 dgn percakapan lebih elok dari melakukan)
2-اليقين لا يزول بالشك (yakin itu tidak akn menghilangakn keraguan)


*oleh itu menjadi tanggungjawab bg kite pada sesiapa yg kurang arif tentang kesahihan sesebuah perkara memberitahu akn kesahihannya bagi mengelakkan kite sesama muslim terjebak kpd perkara2 yg syubhah..

Pelajaran Hadith:

1. Meninggalkan syubhat dan mengambil yang halal akan melahirkan sifat warak.
2. Keluar dari ikhtilaf ulama lebih utama karena hal tersebut lebih terhindar dari perbuatan syubhat, khususnya jika diantara pendapat mereka tidak ada yang dapat dikuatkan.
3. Jika keraguan bertentangan dengan keyakinan maka keyakinan yang diambil.
4. Sebuah perkara harus jelas berdasarkan keyakinan dan ketenangan. Tidak ada harganya keraguan dan kebimbangan.
5. Berhati-hati dari sikap meremehkan terhadap urusan agama dan masalah bid’ah.
6. Siapa yang membiasakan perkara syubhat maka dia akan berani melakukan perbuatan yang haram.

semoga bermanfaat untuk kite bersama dlm berpesan2 kebaikan dan kesabaran insyaAllah wallahu a'lam

0 komentar:

About This Blog

About This Blog

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP