Sabtu, 18 Juli 2009

Bicara Hati


Hati merintih…
Menanti jawapan…
Mulut enggan berbicara…
.
Lidah kelu berkata…
Minda dikaburi kabus yang agak tebal..

Mengapakah ini semua berlaku pada diriku??
Mengapakah aku diuji sebegini???
Apakah tindakan terbaik untukku??Align Center Haruskah daku meluahkan isi hati???

Haruskah daku berdiam diri???

Hatiku bagai lemas di lautan perasaan…

Menanti sebuah kepastian…

Sedangkan hatiku enggan memakan sebarang rayuan…


Serik sungguh diri ini untuk mendekati kawasan pantai…..


Namun,
Keinginan hati ini kuat untuk cuba berjinak2 dengan pantai yang indah permandangannya…
Bagaimanakah harus kutempuhi aral ini??

Ya Allah…

Bantulah hambaMU ini…
Aku tidak terdaya menghadapi semua ini keseorangan…

Ya Allah…

Lembutkanlah hatiku untuk terima yang terbaik buatku….

Jauhkanlah daku dari segala penyesalan…
Hanya padaMU aku memohon dan meminta pertolongan…

Aku merayu dan merintih padaMU ya Allah..


nukilan dari seorang sahabat yang amat di kasihi,
semoga dirimu sentiasa dlm keberkatan dan keredhaan Ilahi...

Read more...

Senin, 13 Juli 2009

Dibunuh Kerana Bertudung, Mengapa Berita Ini Disembunyikan ? satu ancaman buat umat islam...


JENDELA GLOBAL


Thursday, July 09, 2009: Seorang wanita Muslim Mesir di bunuh di dalam mahkahmah Jerman, apa anda fikir?

Assalamualaikum.

Kisah menyanyat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab. Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.U.D.U.N.G. !!

Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.

Anda tau apa berlaku sesudah itu?

Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4bulan...tragis bukan?

However last Wednesday, Alex stabbed her 18 times to death in a German courtroom after the judges announced she won the case against him, and that he had to pay 2,800 Euros as a fine for his previous insults. Lagi di sini.

Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwa yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....

...akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwa. Nah... ini baru betul2 tragis.

Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya berkesudahan ditembak.

Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan.

Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya." Ya, ini logik pada pandangan mereka. Tapi sesekali tidak bagi kita.

Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Ermm.. logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.

Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapa perlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China. Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.

Dipetik dari:
http://artofthoughts.blogspot.com/2009/07/soerang-wanita-muslim-me

p/s : harap pada sahabat2 kite sebarkan sama2 maklumat ini untuk jadi iktibar buat kite bersama.. sperti yg kite tau dlm al-quraan pon ade menyebut bhawa org yahudi dan nasrani ini tidak akn sesekali meredhai umat islam selagi mana kita tidak mengikut cara mereka..

ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم

oleh itu sahabat semua, generasi kita ini lah yg harus berganding bahu untuk memperjaungkan islam lebih2 dia akhir zaman yg penuh dgn pancaroba ini..wallahu a'lam







Read more...

Sabtu, 11 Juli 2009

Welcome back.. izayyakum jmiaan


Assalamualaikum shbt2 smua, maaf krn sdh lme tdk memposting blog ini..makalum saja lah baru diselenggara setelah sebulan jadi sarang labah2 hehe..


Saja nak posting lagu pembangkit semangat.. sme2 kita hayatinya..

SEMANGAT YANG HILANG

Tidak engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan

Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya

Di dalam kubur mana pun
Jasad aku ditanam
aku...akulah jua...

Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Di sana kejujuran

Semarak impian segunung harap dipulang
Usah diragukan keupayaan diri
Hati yang membara mengikutkan kata apa
Jawapannya di sini
Semangat kita hilang
Semangat yang hilang
Oh kita cari pulang

Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam

Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata apa
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang
Oh kita cari pulang...

walaupon kebanyakan pelajar2 di mesir ini sudah tamat peperiksaan, semangat kite perlu ditopup jaga.bkn semnagat untuk exam sahaja..tapi untuk kehidupan kita..
bittaufiq wan najah semua..Allah yubarikum jamiaan..

Read more...

About This Blog

About This Blog

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP