Tampilkan postingan dengan label issue. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label issue. Tampilkan semua postingan

Senin, 13 Juli 2009

Dibunuh Kerana Bertudung, Mengapa Berita Ini Disembunyikan ? satu ancaman buat umat islam...


JENDELA GLOBAL


Thursday, July 09, 2009: Seorang wanita Muslim Mesir di bunuh di dalam mahkahmah Jerman, apa anda fikir?

Assalamualaikum.

Kisah menyanyat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab. Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.U.D.U.N.G. !!

Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.

Anda tau apa berlaku sesudah itu?

Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4bulan...tragis bukan?

However last Wednesday, Alex stabbed her 18 times to death in a German courtroom after the judges announced she won the case against him, and that he had to pay 2,800 Euros as a fine for his previous insults. Lagi di sini.

Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwa yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....

...akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwa. Nah... ini baru betul2 tragis.

Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya berkesudahan ditembak.

Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan.

Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya." Ya, ini logik pada pandangan mereka. Tapi sesekali tidak bagi kita.

Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Ermm.. logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.

Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapa perlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China. Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.

Dipetik dari:
http://artofthoughts.blogspot.com/2009/07/soerang-wanita-muslim-me

p/s : harap pada sahabat2 kite sebarkan sama2 maklumat ini untuk jadi iktibar buat kite bersama.. sperti yg kite tau dlm al-quraan pon ade menyebut bhawa org yahudi dan nasrani ini tidak akn sesekali meredhai umat islam selagi mana kita tidak mengikut cara mereka..

ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم

oleh itu sahabat semua, generasi kita ini lah yg harus berganding bahu untuk memperjaungkan islam lebih2 dia akhir zaman yg penuh dgn pancaroba ini..wallahu a'lam







Read more...

Kamis, 30 April 2009

kongsi cerita sikit pasal kawin di singapura

cerita ni di emailkan oleh kawan saya yang duduk di singapura.

ceritanya begini......
aderla satu hari tu,members aku satu ni tepon nak jemput aku ke majlis dia... Aku pon tanya ler.. 'Amacam geng, semua dah siap?' Dia cakap 'Parah beb, gua kayap siak ni bulan... 20 ribu dah abis siol..' HAAA?!? 20 RIBU?!?!

Mak oi.. Hidop pat singapore nie memang ler mahal and kekadang tu pasangan tak jadi kahwin pasal duit tak cukop ataupon duit yang ade tu diorang tak bleh agree nak digunakan untuk apa. Maknernyer, diorang plan nak buat majlis kan, abih tak boleh agree with each other, so they bergaduh & bertekak & salahkan mak bapak each other and at last, tak jadi kahwin.... Al kisahhh... Tapi kan, aku heran tau.. pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis ini daripade memikirkan mase depan dan hala tujuan hidup bersame selepas nikah. Heran eh?? Diorang ingat lepas kawin life stops there ke?? Hmm.. ok, that's a different story..

So getting back pasal duit nie kan, tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah, sengkek lah, tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah, akak kau peh laki la, hai... macam-macam story lagi. Biasanyakan, yang letak harga ialah mak sebelah pompan. Bapak confirm mesti orait.. ikutkan aje. Kadang2 ada jugak pompan sendiri yang letak harga, lepas tu pakat dengan mak, revenue sharing 50/50. Hurhurhur...

Mengikut survey kedai kopi pat Jurong West St 42, sekarang hantaran paling minimum ialah SGD$7000. Maximum sampai $25,000 pon ade. Dasyat beb.. Dah lah Singapore ni mahal giler.. Macam mane couple tak bertekak.. Nak tahu apasal mahal?

Mengikut Survey Kedai Gunting Teban Gardens, hantaran sekarang makin mahal pasal;
1. Anak pompan sorang
2. Anak pompan sekolah tinggi sampai tingkat 20
3. Anak pompan paling jambu dalam family
4. Anak pompan kerja lawyer/doctor/CEO AnakMelayu.com
5. Anak pompan biasa pakai barang branded
6. Anak pompan yang pandai masak, kemas rumah, layan suami sampai suami takmo gi kerja
7. Kakak belum kahwin; jadi kena sponsor kakak kawin jugak.. nanti lemau..
8. Anak pompan tu banyak yang melamar, semuanya hensem-hemsen + kaya

Mengikut survey Kedai Basikal Chai Chee, selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat ialah;
1. Bapak Rock - 'Lu giler ka pa beb'
2. Bapak Mithali -?'Astarghfirullah..'
3. Bapak Bintang TV - 'TTIIDDDAAAAKKKKKK!!!!!!'
4. Bapak Gangster/Tailong - 'Masih virgin ke tak ni lu peh girl, macam wa pernah nampak jer..'
5. Bapak Bisnesman - 'We're sorry but the returns of our investment is definitely less than 20%...'
6. Bapak Lembik - 'mahal la.. macam mane nie daling?' sambil membisik pat Isterinya...
6. Bapak Garang - 'APAAAA?!?! AAPPAAAAAA??!! CUBA KAU CAKAP LAGI SEKALI!!!??'
7.. Bapak Gerek - 'HAHAHA! Lupakan sudah... Takpe Roy, nanti bapak recommend yang lebih power dari Ashwarya Rai eh?'

Mengikut survey Warung Nasi Lemak Bussorah Street, kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar ialah;
1. 'Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Makcik ngan pakcik kau nie tak cerewet.'
2. 'Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment.'
3. 'Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor.'
4. 'Pasal makcik kau ngan pakcik kau nie suka sangat kat kau, kita ikhlas...'
5. 'Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi.'

Mengikut survey Mat Despatch Gathering @ Waterloo St, kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya; jawapannya :-
1. 'Okay setuju. Kita up lagi $10,000. Ditanggung beresss.'
2. 'Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Malu la kawin hantaran $10,000. Kami OKB tau!'
3. 'Brape? Gitu je?'
4. 'Dahling, amikkan chek book abang tu.. '
5.. 'Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta 5 bijik. Tu anak bujang kita tengah parking semua kat bawah tu.'
6. 'Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta 5 bijik, 3 bijik TV LCD 50 inci, 2 tiket penerbangan ke...'

Haa... tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni. Hati dah suka punya pasal, semua boleh aje. Cukup time tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit. Ada pulak tu.. yg terpaksa amik personal loan la, 0% installment Bank la, atau pakai credit card. Honeymoon pon utang.. Lepas kawin, dah balik dari honeymoon, kepala teros sewel, pikir nak bayar hutang and at the end of it, tak tercapai lah maksud perkahwinan yg sepatutnya semakin memudahkan kehidupan.. dah terbalik.. jadi semakin susah.

jadi camana kawan2 yang belum kawin lagi???
pikir2 kan lah ye..
bk setakat di singapura je..malaysia pon lbh kurang je..
hehe..

Read more...

Selasa, 23 Desember 2008

Kenduri kawin ibarat Mengkomersialkan

Assalamualaikum..
Memetik dari berita di Utusan malayasia hr ini , saya sungguh tertarik dengan paparan berita mengenai pengkomersialan kenduri kahwin atau waliamtul urus..

Seperti yg kita maklumi, memang sudah menjadi tren zaman sekarang mengkomersialkn kenduri kahwin ini..tak hairan lah siape mereka lawyer, artis mahupun majisteret..kesemuanye sama je...tak tahu lah ape motif sebenar mengkomersialkan kenduri ini, mgkin untuk disanjung2? atau untuk menandingi org lain.Tidak hairnlah dgn hantaran yang tinggi bagaikan hendak membeli sebuah rumah banglow,tidak ketinggalan org awam, org kampung je, tapi sdh berani menandingi org kaya..ish2 dunia da terbalik ape???

walaupun didalam islam memang digalakkan untuk melangsungkn walimatul urus tapi tujuan asalnya sebagai tanda kesyukuran kepada Allah dan untuk berterima kasih kepada saudara mara serta rakan-rakan yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan perkahwinan itu.selain itu, dalam islam juga di gesa melakukan amal baik ini bertujuan untuk mengumumkan atau memberitahu orang ramai tentang hubungan perkahwinan sah antara pasangan pengantin bagi mengelakkan fitnah. seterusnya untuk bersedekah lebih2 lagi kepada fakir dan miskin itulah yang lebih utama.


Apa yg realitinya hari ini, seolah-olah menjadi satu perniagaan besar-besaran yang mengutamakan keuntungan.Maka, tidak wajarlah sekiranya pihak yang menaja majlis perkahwinan itu bermatlamat semata-mata mendapatkan keuntungan melampau, misalnya menerusi penajaan iklan dan hak penyiaran.Maka, tidak wajarlah sekiranya pihak yang menaja majlis perkahwinan itu bermatlamat semata-mata mendapatkan keuntungan melampau, misalnya menerusi penajaan iklan dan hak penyiaran.majlis perkahwinan secara besar-besaran dibolehkan sekiranya mempunyai kemampuan dan tidak berniat untuk bermegah.

*pendapat ku..

Bagaimanapun, jika ada unsur sukarela, kerjasama dan tolong menolong antara kedua belah pihak, tanpa wujud kepentingan perniagaan atau peribadi yang berlebihan dan bukannya untuk ambil kesempatan, maka ia dibolehkan dalam islam


kalau kita amati bebrapa hari lepas berlaku pertelingkahan antara media massa untuk menyiarkan liputan majlis perkahwinan, semua sudah maklum dan tak perlu la kita bicarakan di sini.Nah disini dpt kita ambil iktibar apa yang terjadi sekarang ini adalah sebagai satu gejala yg akan mengundang perpecahan masyarakt islam. namun, penajaan pihak korporat dalam majlis perkahwinan yang bertujuan memenuhi tanggungjawab sosial dengan mengadakan jamuan makan kepada orang ramai dan meraikan pasangan itulah yg sepatutnya di lakukan.

"Bagaimanapun, dalam apa pun perkara, yang terbaik adalah melakukannya dengan penuh kesederhanaan.

"Berjimat cermat, bersederhanaan dalam segala urusan, jangan sampai jadi bakhil dan jangan pula boros berlebihan sehingga membazir sehinggakan mendatangkn fitnah.Seperti yg dianjurkan dalam islam " sebaik-baik perkara itu adalah bersederhanaan"..
wallahu A'lam

Read more...

About This Blog

About This Blog

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP