Selasa, 23 Desember 2008

Kenduri kawin ibarat Mengkomersialkan

Assalamualaikum..
Memetik dari berita di Utusan malayasia hr ini , saya sungguh tertarik dengan paparan berita mengenai pengkomersialan kenduri kahwin atau waliamtul urus..

Seperti yg kita maklumi, memang sudah menjadi tren zaman sekarang mengkomersialkn kenduri kahwin ini..tak hairan lah siape mereka lawyer, artis mahupun majisteret..kesemuanye sama je...tak tahu lah ape motif sebenar mengkomersialkan kenduri ini, mgkin untuk disanjung2? atau untuk menandingi org lain.Tidak hairnlah dgn hantaran yang tinggi bagaikan hendak membeli sebuah rumah banglow,tidak ketinggalan org awam, org kampung je, tapi sdh berani menandingi org kaya..ish2 dunia da terbalik ape???

walaupun didalam islam memang digalakkan untuk melangsungkn walimatul urus tapi tujuan asalnya sebagai tanda kesyukuran kepada Allah dan untuk berterima kasih kepada saudara mara serta rakan-rakan yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan perkahwinan itu.selain itu, dalam islam juga di gesa melakukan amal baik ini bertujuan untuk mengumumkan atau memberitahu orang ramai tentang hubungan perkahwinan sah antara pasangan pengantin bagi mengelakkan fitnah. seterusnya untuk bersedekah lebih2 lagi kepada fakir dan miskin itulah yang lebih utama.


Apa yg realitinya hari ini, seolah-olah menjadi satu perniagaan besar-besaran yang mengutamakan keuntungan.Maka, tidak wajarlah sekiranya pihak yang menaja majlis perkahwinan itu bermatlamat semata-mata mendapatkan keuntungan melampau, misalnya menerusi penajaan iklan dan hak penyiaran.Maka, tidak wajarlah sekiranya pihak yang menaja majlis perkahwinan itu bermatlamat semata-mata mendapatkan keuntungan melampau, misalnya menerusi penajaan iklan dan hak penyiaran.majlis perkahwinan secara besar-besaran dibolehkan sekiranya mempunyai kemampuan dan tidak berniat untuk bermegah.

*pendapat ku..

Bagaimanapun, jika ada unsur sukarela, kerjasama dan tolong menolong antara kedua belah pihak, tanpa wujud kepentingan perniagaan atau peribadi yang berlebihan dan bukannya untuk ambil kesempatan, maka ia dibolehkan dalam islam


kalau kita amati bebrapa hari lepas berlaku pertelingkahan antara media massa untuk menyiarkan liputan majlis perkahwinan, semua sudah maklum dan tak perlu la kita bicarakan di sini.Nah disini dpt kita ambil iktibar apa yang terjadi sekarang ini adalah sebagai satu gejala yg akan mengundang perpecahan masyarakt islam. namun, penajaan pihak korporat dalam majlis perkahwinan yang bertujuan memenuhi tanggungjawab sosial dengan mengadakan jamuan makan kepada orang ramai dan meraikan pasangan itulah yg sepatutnya di lakukan.

"Bagaimanapun, dalam apa pun perkara, yang terbaik adalah melakukannya dengan penuh kesederhanaan.

"Berjimat cermat, bersederhanaan dalam segala urusan, jangan sampai jadi bakhil dan jangan pula boros berlebihan sehingga membazir sehinggakan mendatangkn fitnah.Seperti yg dianjurkan dalam islam " sebaik-baik perkara itu adalah bersederhanaan"..
wallahu A'lam

0 komentar:

About This Blog

About This Blog

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP