Selasa, 23 Desember 2008

SISWAZAH SEBAGAI ASET PENTING NEGARA & PENENTU HALATUJU MASA DEPAN UMMAH

Siswazah yang merupakan golongan muda amat sesuai dianggap sebagai sebahagian daripada aset penting negara. Ini kerana mereka inilah yang akan meneruskan kesinambungan sesebuah pemerintahan bagi sesebuah negara. Siswazah yang beriman dan bertaqwa akan mampu membawa negara Malaysia menjadi sebuah negara yang dipenuhi barokah dan redha ALlah. Merekalah yang akan menentukan masa depan ummah sama ada menjadi satu ummah yang bertaqwa dan meneruskan hidup berlandaskan hudud-hudud yang telah ditetapkan-Nya atau sebaliknya. Sesungguhnya, setiap yang bernyawa akan mati maka itulah janji ALlah kepada kita ummat manusia. Oleh yang demikian menjadi suatu kemestian bagi yang masih ada untuk meneruskan perjuangan yang telah ditinggalkan.



Inilah yang dimaksudkan oleh As Syahid Syed Qutb ketika menyatakan bahawa kita akan merasa sempit seandainya kita mengatakan bahawa perjuangan ini kitalah yang memulakan dan mengakhirkannya. Tetapi kita tidak akan merasa sempit apabila kita yakin dan percaya bahawa kita adalah penerus kepada satu-satu perjuangan. Ummah Siswazah merupakan golongan yang akan tinggal dan ditinggalkan. Maka, oleh itu merekalah aset penting negara yang akan meneruskan pemerintahan dan pentadbiran negara dalam menjaga kepentingan ummah. Peranan ini tidak akan mampu mereka mainkan seandainya mereka tidak peka terhadap permasalahan negara dan rakyat seluruhnya. Keprihatinan wajar dimulakan daripada sekarang bagi mempastikan mereka benar-benar ‘competent’ ( layak ) untuk mengambilalih tampuk pemerintahan yang ada sama ada mahu atau tidak. Itulah tanggungjawab kita sebagai ummat Islam yang merupakan khalifah Allah di atas muka bumi ini.

0 komentar:

About This Blog

About This Blog

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP